Wednesday, April 30, 2014

Perjalanan Rumah Baru, Outdoor Water Filter

Salam, mende ni sebenarnya xde dalam plan awal nak pasang. Aku cadang nak pasang mende ni lambat skit. Sebab aku taktau ada water filter outdoor yang semurah ni. Yang aku biasa dengar semua harga seribu keatas. Nak jadi cerita semalam aku boring kat opis aku google la water filter ni. Rupanya ada yang murah, bawah harga 500 dah boleh dapat dah. Aku pun chat la ngan bini aku bagitau kat bini aku pasal ni dan dia pun setuju. So aku bukak mudah, cari penjual dan set untuk pasang terus petang semalam. Semua urusan dibuat melalui phone sampai la ke urusan bayaran, senang betul. Aku bagi alamat aku kat dia, lepas tu dia pergi rumah aku, lepas tu dia hantar gambar kat aku area mana nak letak mende ni, pastu dia pasang. Dah siap dia whatsapp lagi gambar yang dah siap pasang. Pastu resit dengan waranti kad dia letak dalam peti surat. Aku buat bayaran pakai maybank2u. Memang sempoi. Jadi ni lah gambarnye


Piping ambil dari saluran dalam tanah.


Lokasi nak letak


Dah siap pasang


Jenama Pentair, waranti 10 tahun


Close up skit

Kalau korang tengok dekat mudah, korang dapat harga semurah RM280 untuk penapis air ni, tapi untuk saiz yang lagi kecil dari aku punya ni la.harga pemasangan plak dalam 100-150. Yang aku punya ni, total harga termasuk pemasangan ialah RM400. Dia ada 5 lapisan bahan penapis macam pasir kasar,pasir halus dan beberapa bahan lagi yang aku tak ingat. Sape2 yang nak pasang boleh call nombor ni 019-7236910 en. Mustakim.
posted from Bloggeroid

Tuesday, April 29, 2014

Perjalanan rumah baru, tinted rumah

Dalam entry sebelum ni aku cakap nak buat entry pasal grill, tapi memandangkan grill belum siap lagi aku terpaksa hold dulu. Oh by the way ni adalah no phone kontraktor aku kalau ada siapa2 yang tengah cari kontraktor. Nama kompeni Tik Ann Renovation & Decoration. Nama wakil yang liase ngan aku tu Mr Siam. Bagus orangnya, banyak cakap dan pandai jaga hati customer.



Tinted ni aku buat dengan kontraktor ni jugak, harga yang dia bagi adalah RM800 untuk seluruh rumah. Tinted dia jenis double layer. Aku pilih warna hijau/silver, maksud nya dua side plastik tu kaler hijau sebelah, silver sebelah. So macam ni la rupanya bila dah siap pasang





Dan kat bawah ni plak bila tengok ke luar, dari dalam rumah



Bagi aku, kaler tinted yang aku pilih ni memang cun. Puas hati la. Next entry aku cerita pasal outdoor water filter plak.
posted from Bloggeroid

Tuesday, April 22, 2014

Perjalanan Rumah Baru, kontraktor

Semalam pukul 11 pagi kami jumpa wakil MKH untuk ambil kunci dan buat joint inspection. Alhamdulillah takde major defect. Wakil MKH tu pun layan je defect-defect yang aku komplin walaupun kecik.



Lepas dah abis cek defect, aku kena sain 3 borang dan secara rasminya kunci diserahkan.



Sejak beberapa minggu lepas aku dah start calling2 beberapa kontraktor untuk set appointment untuk aku dapatkan quotation plaster siling dan grill. Tapi ada satu kontraktor ni yang bagus, Tik Ann Renovation and Decoration nama dia. dia ingat aku punya appointment siap call lagi untuk follow up pagi semalam. Kontraktor lain semua suruh aku call balik. Tak nampak kesungguhan disitu. So pukul 12 lepas joint inspection dia pun sampai la ke rumah aku, nama mamat tu Mr Siam. Satu lagi aku nak cerita, masa ambil kunci tu pun 3-4 orang dah kontraktor dah berlegar2 dalam kawasan perumahan aku ni. Semua singgah tanya aku nak buat renovation ke tak. Tapi aku tolak semuanya dengan adab dan sopan.


Dengan Tik Ann ni, nama wakil yg jumpa aku tu Mr Siam. Dia agak peramah orangnya. Pastu dia ada bagi cadangan juga berdasarkan pengalaman dia. Aku mintak quotation dengan dia utk

1) plaster siling utk seluruh ground floor, 3 bahagian L-box shape utk ruang tamu

2) pasang downlight, lampu biasa dan kipas utk seluruh rumah

3) buat wiring tambahan, alih dan tambahkan beberapa plug dan suis. Alihkan wiring aircond dan conceal wayar copper aircond

4) tinted 2 layer untuk seluruh rumah.

5) buang sinki bilik air bawah dan buat platform serta plug utk washing machine



Dan dibawah ni adalah harga yang kami dapat (dalam kotak tu pecahan dia) total lepas diskaun 100 jadi RM8200. Untuk item no 5 tu dia buat for free dia kata.sebab kami rumah pertama dia buat di kawasan tu.



Oleh sebab meter letrik belum pasang lagi dia tak boleh start lagi kecuali tinted. So dia kata akan tinted pada rabu atau khamis ni.

Pasal grill aku akan cerita pada next entry
posted from Bloggeroid

Sunday, April 20, 2014

Perjalanan Rumah Baru , intro

Salam, rumah baru kami di Semenyih dah dapat surat untuk ambik kunci. Jadi Isnin ni aku dah set dengan developer untuk ambik kunci dengan defect inspection. Jadi sekarang aku tengah sibuk cari dan survey kontraktor untuk buat grill dan plaster siling. Sebab bajet agak ciput, kena survey yang paling murah. Harap harap tak dapat kontraktor yang murah dan kerja teruk. Insyaallah aku akan update every progress rumah aku kat blog ni. Untuk rujukan di masa hadapan.






posted from Bloggeroid

Monday, March 10, 2014

Pray For MH370

Dah masuk hari ketiga pencarian, masih takde kabar berita. Semoga dipermudahkan semuanya InsyaAllah.



posted from Bloggeroid

Thursday, March 6, 2014

Ulang Tahun

Happy birthday untuk Dieya, 3/3 haritu hari jadi Dieya yang ke 3. Kami telah pergi terjah sekolah Dieya untuk buat surprise, tp sebelum tu dah bagitau kat principal sekolah dia. Semoga membesar menjadi anak yang berjaya dan berguna.








posted from Bloggeroid

Friday, January 10, 2014

Kota Kinabalu Trip, (Part 2)

Salam. Kali ni aku nak sambung perjalanan dari kundasang ke kota kinabalu pulak. Kitorang gerak dari tagal sungai moroli tu dalam pukul 2 petang, sampai di kota kinabalu pukul 4.30 petang. Sampai depan hotel terus (D' Borneo Hotel) dan orang kereta sewa tu dah menunggu depan hotel nak collect kereta. Lepas check in, ada problem pulak dengan bilik, aircond tak sejuk. So mintak tukar bilik, dia beri bilik lain. Lepas rehat sekejap kitorang terus pergi cari makan.

Deretan gerai ikan bakar sebelah pasar filipin menjadi pilihan






Rumpai laut ni sedap gak,makan dengan air asam


Dieya pose gaya pelik, haha


Ada orang teringin nak makan lobster, so kita layan lobster. yang aku makan tu RM35 sekor



Antara lauk kitorang, total habis RM80 lebih. Nak makan sini kena survey harga dulu, kena rajin tanya



Lepas makan tu kitorang pergi jalan2 ke pasar malam sinsuran dan pasar malam kampung air, shopping skit. Pastu balik tidur. Esoknya kami jalan2 ke sunday market di jalan gaya



Dieya dapat monyet sekor



Ahad petang pulak kami nak pergi makan ikan bakar dekat medan ikan bakar dekat bulatan ikan marlin tu. Beza dengan ikan bakar kat pasar filipin tu ialah sini kita boleh pilih nak masak ape, ikan bakar kat pasar filipin tu tak boleh pilih, semua sama bakar bersambal. Pada aku, makan ikan bakar kat area pasar filipin tu lagi best, dan lagi murah kalau pandai pilih gerai

















Lobster kat sini dia kata harga RM20 per 100gram. gambar bawah ni orang kedai tu agak2 dalam RM200 siap masak, pergh.




Sampai sini je lah entry untuk trip ke sabah kali ni. Insyaallah lain kali ada rezeki kami datang lagi
posted from Bloggeroid