Friday, January 10, 2014

Kota Kinabalu Trip, (Part 2)

Salam. Kali ni aku nak sambung perjalanan dari kundasang ke kota kinabalu pulak. Kitorang gerak dari tagal sungai moroli tu dalam pukul 2 petang, sampai di kota kinabalu pukul 4.30 petang. Sampai depan hotel terus (D' Borneo Hotel) dan orang kereta sewa tu dah menunggu depan hotel nak collect kereta. Lepas check in, ada problem pulak dengan bilik, aircond tak sejuk. So mintak tukar bilik, dia beri bilik lain. Lepas rehat sekejap kitorang terus pergi cari makan.

Deretan gerai ikan bakar sebelah pasar filipin menjadi pilihan






Rumpai laut ni sedap gak,makan dengan air asam


Dieya pose gaya pelik, haha


Ada orang teringin nak makan lobster, so kita layan lobster. yang aku makan tu RM35 sekor



Antara lauk kitorang, total habis RM80 lebih. Nak makan sini kena survey harga dulu, kena rajin tanya



Lepas makan tu kitorang pergi jalan2 ke pasar malam sinsuran dan pasar malam kampung air, shopping skit. Pastu balik tidur. Esoknya kami jalan2 ke sunday market di jalan gaya



Dieya dapat monyet sekor



Ahad petang pulak kami nak pergi makan ikan bakar dekat medan ikan bakar dekat bulatan ikan marlin tu. Beza dengan ikan bakar kat pasar filipin tu ialah sini kita boleh pilih nak masak ape, ikan bakar kat pasar filipin tu tak boleh pilih, semua sama bakar bersambal. Pada aku, makan ikan bakar kat area pasar filipin tu lagi best, dan lagi murah kalau pandai pilih gerai

















Lobster kat sini dia kata harga RM20 per 100gram. gambar bawah ni orang kedai tu agak2 dalam RM200 siap masak, pergh.




Sampai sini je lah entry untuk trip ke sabah kali ni. Insyaallah lain kali ada rezeki kami datang lagi
posted from Bloggeroid

1 comment:

Eny said...

Amboi..pandai sungguh Dieya bergaya