Tuesday, April 22, 2014

Perjalanan Rumah Baru, kontraktor

Semalam pukul 11 pagi kami jumpa wakil MKH untuk ambil kunci dan buat joint inspection. Alhamdulillah takde major defect. Wakil MKH tu pun layan je defect-defect yang aku komplin walaupun kecik.



Lepas dah abis cek defect, aku kena sain 3 borang dan secara rasminya kunci diserahkan.



Sejak beberapa minggu lepas aku dah start calling2 beberapa kontraktor untuk set appointment untuk aku dapatkan quotation plaster siling dan grill. Tapi ada satu kontraktor ni yang bagus, Tik Ann Renovation and Decoration nama dia. dia ingat aku punya appointment siap call lagi untuk follow up pagi semalam. Kontraktor lain semua suruh aku call balik. Tak nampak kesungguhan disitu. So pukul 12 lepas joint inspection dia pun sampai la ke rumah aku, nama mamat tu Mr Siam. Satu lagi aku nak cerita, masa ambil kunci tu pun 3-4 orang dah kontraktor dah berlegar2 dalam kawasan perumahan aku ni. Semua singgah tanya aku nak buat renovation ke tak. Tapi aku tolak semuanya dengan adab dan sopan.


Dengan Tik Ann ni, nama wakil yg jumpa aku tu Mr Siam. Dia agak peramah orangnya. Pastu dia ada bagi cadangan juga berdasarkan pengalaman dia. Aku mintak quotation dengan dia utk

1) plaster siling utk seluruh ground floor, 3 bahagian L-box shape utk ruang tamu

2) pasang downlight, lampu biasa dan kipas utk seluruh rumah

3) buat wiring tambahan, alih dan tambahkan beberapa plug dan suis. Alihkan wiring aircond dan conceal wayar copper aircond

4) tinted 2 layer untuk seluruh rumah.

5) buang sinki bilik air bawah dan buat platform serta plug utk washing machine



Dan dibawah ni adalah harga yang kami dapat (dalam kotak tu pecahan dia) total lepas diskaun 100 jadi RM8200. Untuk item no 5 tu dia buat for free dia kata.sebab kami rumah pertama dia buat di kawasan tu.



Oleh sebab meter letrik belum pasang lagi dia tak boleh start lagi kecuali tinted. So dia kata akan tinted pada rabu atau khamis ni.

Pasal grill aku akan cerita pada next entry
posted from Bloggeroid

2 comments:

Anonymous said...

ada number mr siam x?

Fakhrorazi Ismail said...

Ada no hp Low tak?? dr company tik ann???slps 5 tahun tile dinding tanggal dan jatuh sbb mereka buat keja short cut.